Friday, January 14, 2011

Air Dicencang Tidak Akan Putus,,,,

Masa zaman nenek moyang kita dulu, diorang guna peribahasa sebagai bahasa kiasan bertujuan melapik atau menyifatkan sesuatu benda..Macam peribahasa tu yang bermaksud hubungan persaudaraan tidak akan putus walaupun berlaku perpecahan atau perselisihan faham dan seumpamanya..Begitulah relationship antara kitorang bersebelas..persahabatan kita ni sangat sangat lah indah..kitorang da melalui banyak dugaan, cabaran, dan sweet sour bitter memories bersama-sama sampai sekarang..Macam-macam pernah berlaku dalam tempoh masa 3 tahun ni..Kita pergi sekolah sama-sama, rehat kat kantin sama-sama, balik sekolah sama-sama, melalui kehidupan kat asrama sama-sama [after iron lah, after spin lah, after amek nasi lah, after amek air lah, main badminton, main monopoly dll]..Semuanya indah bagi kitorang..Sampai sekarang kitorang macam tu..Persahabatan kita ni memang pelik..Kalau difikir-fikirkan balik macam mana kitorang boleh menjalinkan persahabatan yang amat amat lah bererti buat diri kitorang sekarang ni,, memang kelakar, amit-amit and  unique..yela mana tak nya dulu masa zaman-zaman baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, bukannya rapat sangat pun..even jalan sebelah pun macam nak tak nak je..hahahahahah..Tengok sekarang sampai da tak sanggup nak berpisah dengan sesiapa pun antara kitorang..Tapi apakan daya kitorang, Fatin dan Ainul berpindah, tapi itu tak merubah apa-apa pun..Kitorang  tetap sehati sejiwa..Kitorang memang saling memerlukan antara satu sama lain..Sebab teman-teman lah yang akan meniupkan semangat kepada kita selepas bonda dan ayahanda kita..WE LOVE OUR FRIENDSHIP!!!


ZYGURR ELEVEN SAHABAT SELAMANYA..

SAHABAT SELAMANYA - PADI

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya

2 comments:

  1. Impikanlah apa yang anda semua berani impikan.. Dan jadilah apa yang anda berani menjadi.. Masa kecil makan sama rata sama rasa.. Main sama2 nk jadi juara, masa berlajar sama2 nk score A.. Bila besar sama2lah banyakkan jasa Dan budi.. Semangat setiakawan anda semua dipuji.. Ayh Ira

    ReplyDelete
  2. Ayh Ira.. 'Kalau besar yg dituntut dan mulia yg diCari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan Banyak Rintangannya'... Kata2 Imam Al Ghazali

    ReplyDelete